Pages

Monday, 26 August 2013

Tips Mencuci Kain Cotton Untuk Pertama Kali Selepas Dibeli

Assalamualaikum wbt

Saya akan berkongsi beberapa tips kepada pengunjung berkenaan dengan cara mencuci kain cotton selepas dibeli.
 

  1. Dapatkan satu besen bersaiz sederhana (atau apa2 saiz janji boleh isi air dan  kain didalamnya).
  2. Masukkan sedikit serbuk cucian kedalam besen. Tuangkan air sehingga penuh. Dan ratakan sabun didalamnya.
  3. Rendamkan kain cotton dalam 5-7 minit didalam besen. Kemudian dengan perlahan kocakkan kain cotton anda.
  4. Selepas dicuci, anda disarankan supaya mengibas kain anda supaya ia tidak terlalu komot setelah kering.
  5. Jemur kain cotton anda dibawah kawasan yang redup. Jangan jemur kain secara langsung terkena matahari. Takut warnanya akan pudar sedikit.
Itu sahaja untuk kali ini. Terima kasih :)

No comments:

Post a Comment